Sunday, September 18, 2011

Bahaya kurang minum air!

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kesan kekurangan cecair
  • Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
  • Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
  • Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
  • Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
  • Tekanan darah menurun
  • Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantukLesu pada waktu siang
  • Sakit belakangDehidrasi Sakit kepala
  • Memperlahankan kadar metabolisma
  • Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
  • Sendi dan otot mengalami kekeringan
  • Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
  • Meningkatkan keinginan untuk makan
  • Darah menjadi pekat mudah keliru.
  • Degupan jantung meningkat
  • Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Article : jariyangmenari.blogspot.com

Saturday, September 3, 2011

Menghormati azan


Lidah kelu di saat kematian.Kematian pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kta amati...mengapa kebanyakan orang yang nazak(hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa,lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkn sebuah hadis yag bermaksud :
                    "hendaklah kamu mendiamkn diri ketika azan,jika tidak ALLAH akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya". 
Ini jelas menunjukkan,kita disarankn agar mendiamkan diri,jagan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.Sebagai orang Islam,kita wajib menghormati azan.Terdapat banyak fadhilatnya.
             Jika lagu kebangsaan (contohnya:Negaraku) kita diajar berdiri tegak dan mendiamkan diri....,mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!!Lantas sesiapa yang berkat-kata ketika azan,ALLAH akan kelukan lidahnya ketika nazak.Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hmpir tiba...maka kita tidak dapat mngucapkan kalimah Lailahaillallah...yag mana sesiapa yang dapat mngucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut,ALLAH menjanjikan syurga untuknya...
          Dari itu,marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada ALLAH supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.
                           "ya Allah,anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkan lidah kami mengucap kalimah Lailahaillallah semasa menghadapi sakaratul maut mnghampiri kami......"                                                                                                     

-AMIN-


Article : jariyangmenari.blogspot.com

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms