Kisah
Nilai Seorang Ibu
Seorang anak
mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu
menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan
tangannya di “apron”menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu
membacanya.
KOS UPAH MEMBANTU IBU
Tolong pergi kedai.
RM 4.00
Tolong jaga adik . RM 4.00
Tolong buang sampah. RM 1.00
Tolong kemas bilik. RM 2.00
Tolong siram bunga. RM 3.00
Tolong sapu sampah. RM 3.00
Jumlah: RM 17.00
Selesai membaca, si
ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar dimindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9
bulan - percuma
Kos berjaga malam kerana
menjagamu - percuma
Kos air mata yang menitis kerana menjagamu - percuma
Kos kerunsingan kerana membimbangkanmu - percuma
Keseluruhan Jumlah Nilai Kasihku - percuma
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,lantas memeluknya dan berkata
“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar
Semua Hutang”
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * *
Article : jariyangmenari.blogspot.com
0 ulasan:
Post a Comment