Sempena menyambut Tahun Baru 1433 Hijrah, saya
tujukan tulisan ini khusus buat anda yang beragama Islam. Iaitu berkenaan 3
surah yang digalakkan oleh Rasulullah SAW agar anda membacanya setiap malam.
Surah yang dimaksudkan adalah Surah Yasin, Surah Al Mulk dan juga Surah Al
Waqiah.
Ini kerana, ketiga-tiga surah ini mengandungi
ayat-ayat yang mengajak manusia menginsafi akan keagungan Allah dan segala
ciptaan-Nya di samping sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaan-Nya.
Malah, ia juga mengandungi khabar gembira dan
khabar duka mengenai keadaan di syurga mahupun neraka.
Sebenarnya, membaca setiap surah yang dinyatakan
kat atas mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, dengan membaca Surah
Al Mulk ni dapat menghindarkan diri anda daripada azab kubur serta akan
memperolehi pahala dan kebaikan yang berlipat kali ganda.
Mengenai Surah Al Waqiah pula, Rasulullah SAW telah
bersabda:
"Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam, kebuluran tidak akan mengenainya"- Riwayat Al-Baihaqi, dari Abdullah bin Mas'ud
Walaubagaimanapun, kalau anda tak mampu nak membaca
kesemuanya sekaligus, memadailah dengan membaca salah satu daripadanya. Mudah-mudahan, dengan mengamalkan bacaan 3 surah
ini setiap malam bermula tahun baru ni dapat menambahbaik diri anda dan saya
berbanding tahun lepas.
Article:jariyangmenari.blogspot.com
0 ulasan:
Post a Comment