Rahsia jari
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan
di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan
solat lima waktu jangnlah sesekali anda abaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja,
perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti
manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus
membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya Apa sahaja yang dilakukan
mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah daripada
rebungnya”. Kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar
pada masa hadapan.
Naikkan
pula dari anda yang kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja.
Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan
dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira..pada ketika
ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini kita akan sentiasa
dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa sahajalah
yang akan membantu kita menunjukkan jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah
baligh dan mukalaf. Pastinya
sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakan anda akan pada waktu itu?
sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakan anda akan pada waktu itu?
Nah..sekarang anda naikkanlah pula jari ketiga,
Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja telah pun
meninggalkan kita tanpa dipinta. Namun begitu alam dewasa pula kian menjegah
kehidupan kita. Pada peringkat umur 30-an ini seorang itu telahpun mempunyai
status dan identiti dengan ekonomi diri yang bolehlah dikatakan kukuh serta
mempunyai sebuah kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di
kala ini begitu banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda.. Hantu
hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam diri sendiri, hantu iri hati dan
seribu macam hantu lagi yang boleh wujud dalam diri anda jika anda gagal
mengawal emosi ini dengan baik lantas anda terus masuk ke jerangkap NAFSU dan
SYAITAN. Justeru itu amal dan ibadat haruslah dilipatgandakan!
Kita beralih pula pada jari telunjuk. Jari inilah
yang mengungkap SATU dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari
dan keluarkan jari ini. Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan
tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model
kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea bernas sambil tampil
dengan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari anda. Ianya besar dan
pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya
adalah membenarkan sesuatu mentafsir pelbagai perkara. Bak kata oranj Jawa “cap
jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat
generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya
petunjuk mereka anda patuhi, nescaya mereka akan berkata “good” atau “yes”
sambil menggenggam semua jari dan akan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia
kejayaan anda.
Akhir kalam dari Suri, cubalah anda perhatikan
kembali akan kelima-lima jari jemari anda itu. Renung dan fikirkanlah
dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang??
Article:jariyangmenari.blogspot.com
0 ulasan:
Post a Comment