Selamat
Tahun Baru... Selamat berhijrah
"HIDUP
INI INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH"
1. Hijrah amal dan ketaatan
Sesungguhnya kehadiran kita di muka
bumi adalah untuk beramal dan beribadat kepadaNya. Justeru itu, marilah kita
sama-sama berazam dan berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan dan
ketaatan kepadaNya (Tuhan yang Maha Esa).
2. Hijrah sikap dan perbuatan
Siapa diri kita sebenarnya boleh
dilihat melalui perbuatan kita sehari-hari. Perbuatan yang dilakukan
secara berulang-ulang akan menjadi suatu tabiat dan jika tabiat itu sentiasa
dilakukan, maka ianya membentuk sikap. Kemudiannya sikap akan membentuk
personaliti diri. Justeru itu, marilah kita sama-sama berazam dan berusaha
untuk meninggalkan perbuatan yang negatif dan digantikan dengan
perbuatan-perbuatan yang positif setiap hari.
3. Hijrah ilmu dan pencapaian
Demi memperolehi sesuatu di dunia
perlukan ilmu, begitu juga perkara yang diinginkan di akhirat juga perlukan
ilmu. Dengan ilmu, kita akan dapat melakukan sesuatu perkara itu dengan betul
dan efektif. Marilah kita sama-sama berazam untuk menimba seberapa banyak ilmu
yang diperlukan, di samping itu juga kita berusaha untuk meningkatkan
pencapaian hidup kita sama ada dalam aspek kekeluargaan, kerjaya atau
masyarakat melalui ilmu yang diamalkan.
4. Hijrah ekonomi dan pemilikan
Semua orang ingin bergelar jutawan,
namun tidak ramai yang berusaha untuk menjadi jutawan. Meskipun kita mungkin
merasa bahagia dengan apa yang ada kini, namun realitinya kita harus terus
meningkatkan keupayaan ekonomi kita supaya dapat membantu keluarga,
sanak-saudara dan masyarakat yang masih memerlukan bantuan. Lihatlah di
kawasan-kawasan bandar berapa banyakkah premis perniagaan atau kediaman banglo
yang dimiliki oleh orang-orang yang seagama dengan kita? Marilah kita sama-sama
berjihad untuk meningkatkan ekonomi ummah, supaya kita akan lebih berkuasa dan
dihormati.
5. Hijrah kepada Islam yang syumul
Sesungguhnya, segala perubahan yang
ingin kita lakukan sempena tahun hijrah atau tahun masihi, hendaklah dimulakan
dengan niat kerana ingin beribadat kepada Tuhan yang Maha Esa. Marilah kita
sama-sama berhijrah kea rah kebaikan menuju sebuah kehidupan yang mendapat
keredhaanNya.
-Selamat Tahun Baru 2012 Masihi & Salam Maal Hijrah 1433 Hijrah-
Article:jariyangmenari.blogspot.com
0 ulasan:
Post a Comment