Saturday, July 21, 2012

Tingkat kualiti pada Ramadan...

Rasulullah, sahabat harungi peperangan Badar ketika puasa BHOnline Ruangan Agama 2012/07/21  Alhamdulillah, bersyukur dan bertuah serta bergembiralah kita kerana hari ini kita berpeluang bertemu dengan Ramadan yang sarat dengan kemuliaan, keberkatan dan kerahmatan serta dijanjikan Allah SWT pelbagai limpahan ganjaran serta pengampunan dosa. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang mengerjakan puasa Ramadan dengan beriman dan mengharapkan rahmat Allah SWT, nescaya diampunkan baginya dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)  Jika pada kebiasaannya kita bersarapan, boleh menjamah jamuan selepas mesyuarat, tetapi dalam bulan ini semua kebiasaan itu tidak dapat dikecapi. Perubahan ini sedikit sebanyak boleh mengubah semangat,...

Friday, May 25, 2012

Akhlak belia paparan imej negara masa depan

Akhlak belia paparan imej negara masa depanBHOnline Ruangan Agama 2012/05/25 PATRIOTISME ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Ia membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan tanah air. Dalam Bahasa Arab ia diwakili dengan perkataan wataniah. Jika ditinjau dari sudut pandangan Islam, ia dihubung kait dengan sifat cintakan tanah air.  Rasulullah SAW sebagai pemimpin umat dan ketua negara memberi penekanan khusus membimbing belia dengan cara menggesa mereka berakhlak mulia, taat beribadah kepada Allah, taat kepada pemimpin dan mencintai negara. Bimbingan ini akan menentukan belia menjadi pemimpin masa depan yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada...

Wednesday, March 14, 2012

Jangan Sampai Tertinggal Gerabak

Jangan Sampai Tertinggal Gerabak Gejala keciciran daripada arus perdana kebaikan boleh menular kepada setiap individu jika ia tidak dibendung dengan iman dan taqwa. Di sinilah syaitan akan memainkan peranannya dengan menghalang orang-orang mukmin daripada bekerja dengan penuh kesungguhan. Oleh kerana itulah setiap dari kita mesti menyertakan kesabaran dan taqwa ketika mengharungi fitnah besar ini. Seringkali kita dapati ramai generasi muda yang bersemangat pada peringkat awalnya tetapi mula mencari rentak baru apabila diberi sedikit ujian di dalam bentuk yang pelbagai. Ada yang diuji dengan kesibukan kerjaya, ada yang diuji dengan keperitan hidup, ada yang diuji dengan kesenangan dunia, ada yang diuji dengan populariti, ada yang diuji dengan obses pendapat sendiri dan sebagainya. Ujian-ujian...

Saturday, March 10, 2012

Jadilah Rakan Yang Terbaik

Jadilah Rakan Yang Terbaik.  Dalam hidup ini kita pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai rakan. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kita masih hidup di dunia ini. Rakan yang baik akan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan. Dalam kita berkawan biarlah ikhlas dan bukannya bersebab. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan kepada rakan kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan kembali darinya. Biarlah Allah S.W.T yang membalas kebaikan yang kita lakukan. Adab dalam berkawan memang perlu sentiasa dijaga supaya hubungan persabahatan yang dibina akan berkekalan sampai bila-bila. Kita akan dapat mengenali siapa rakan-rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita di waktu susah dan juga senang. Kawan yang ramai sememangnya boleh dicari....

Saturday, February 4, 2012

Gunalah Laman sosial Dengan Kebaikan

Gunalah Laman sosial Dengan Kebaikan Dipetik dari: http://ana-pendidikan.blogspot.com Memang tidak dapat dinafikan penggunaan laman web sosial seperti facebook, twitter, myfriends2u, dan lain-lain semakin meluas di seluruh dunia termasuk juga Malaysia. Laman web sosial digunakan ramai untuk pelbagai tujuan seperti berhubung dengan rakan, mencari kawan lama, mencari kawan baru, memasarkan barangan, melebarkan rangkaian kenalan dan lain-lain lagi. Tidak hairanlah juka ditanya, pasti ramai baik yang bergelar pelajar, pekerja serta suri rumah mengakui 'melekat' di komputer malayari laman web berkaitan saban hari. Lebih parah lagi jika mereka ketagih permainan komputer secara online di laman tersebut. Dipetik daripada akhbar Berita Minggu (Ahad, 19...

Friday, January 20, 2012

Ruang pejabat bersih tingkat prestasi pekerja

Ruang pejabat bersih tingkat prestasi pekerja BHOnline Ruangan Agama 21/01/2012 Amalan membudayakan kebersihan jadi terapi minda, kekang tekanan tugas  KEBERSIHAN adalah tunjang agama dan sebahagian daripada iman. Ia amat dititikberatkan dalam segenap aspek kehidupan. Buktinya, ajaran Islam memperkenalkan sistem kebersihan secara khusus melalui amalan kebersihan. Antaranya, kaedah berwuduk, bertayamum, beristinjak, membersihkan najis, mandi hadas, mandi mayat, kebersihan diri dengan memotong kuku, menggosok gigi, membuang bulu ketiak dan ari-ari, merapikan rambut dan misai serta membersihkan hidung. Begitu juga amalan kebersihan umum seperti memastikan kebersihan ruang solat, larangan membuang air di laluan awam, di bawah pohon yang berbuah dan dalam air bertakung. Semua contoh...

Friday, January 13, 2012

Pembelajaran sepanjang hayat lonjak kecemerlangan

Pembelajaran sepanjang hayat lonjak kecemerlangan BHOnline Ruangan Agama 2012/01/11 AKTIVITI pembelajaran tidak hanya berlaku di sekolah atau institusi pengajian saja tetapi juga di tempat kerja. Pembelajaran sepanjang hayat sama ada secara formal atau tidak, dengan usaha sendiri atau disediakan majikan bukan sekadar suatu keperluan tetapi sumber hidayah Allah.  Pintu hidayah Allah SWT terbuka bagi mereka yang bekerja mencari rezeki halal serta berusaha untuk memperbaiki diri serta kerja yang diusahakan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan)...

Pages 151234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms