Monday, November 28, 2011

Rahsia jari

Rahsia jari Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangnlah sesekali anda abaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. Naikkan pula dari anda yang kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya...

Saturday, November 26, 2011

Mengapa Mesti Kembali Kepada Jahiliah?

Mengapa Mesti Kembali Kepada Jahiliah? Daripada 'Amru bin al-'Ash r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud : " Tidakkah engkau ketahui bahawa Islam itu meruntuhkan apa yang ada sebelumnya, hijrah menghapuskan apa yang ada sebelumnya dan sesungguhnya haji itu menghapuskan apa yang ada sebelumnya.'(Riwayat Muslim) Mengapa Mesti Kembali Kepada Jahiliah? Pembaharuan yang dimaksudkan di sini bukan sahaja terbatas dalam bidang agama, tetapi mencakupi semua aliran pemikiran yang pernah diguna pakai oleh umat Muslimin untuk membangun dan memajukan ummah. Dalam era baru zaman kini umat Islam daripada semua lapisan dan peringkat umur wajib mengembalikan diri masing-masing kepada cara hidup yang menjanjikan kekuatan. Segala-galanya bertujuan menebus kembali maruah dan...

Saturday, November 19, 2011

3 Surah Amalan Pada Waktu Malam...

3 Surah Amalan Pada Waktu Malam... Sempena menyambut Tahun Baru 1433 Hijrah, saya tujukan tulisan ini khusus buat anda yang beragama Islam. Iaitu berkenaan 3 surah yang digalakkan oleh Rasulullah SAW agar anda membacanya setiap malam. Surah yang dimaksudkan adalah Surah Yasin, Surah Al Mulk dan juga Surah Al Waqiah. Ini kerana, ketiga-tiga surah ini mengandungi ayat-ayat yang mengajak manusia menginsafi akan keagungan Allah dan segala ciptaan-Nya di samping sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaan-Nya. Malah, ia juga mengandungi khabar gembira dan khabar duka mengenai keadaan di syurga mahupun neraka. Sebenarnya, membaca setiap surah yang dinyatakan kat atas mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, dengan membaca Surah Al Mulk ni dapat menghindarkan diri anda daripada azab...

Friday, November 18, 2011

Selamat Tahun Baru... Selamat berhijrah

Selamat Tahun Baru... Selamat berhijrah "HIDUP INI INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH" 1. Hijrah amal dan ketaatan Sesungguhnya kehadiran kita di muka bumi adalah untuk beramal dan beribadat kepadaNya. Justeru itu, marilah kita sama-sama berazam dan berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan dan ketaatan kepadaNya (Tuhan yang Maha Esa). 2. Hijrah sikap dan perbuatan Siapa diri kita sebenarnya boleh dilihat melalui perbuatan kita sehari-hari.  Perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang akan menjadi suatu tabiat dan jika tabiat itu sentiasa dilakukan, maka ianya membentuk sikap. Kemudiannya sikap akan membentuk personaliti diri. Justeru itu, marilah kita sama-sama berazam dan berusaha untuk meninggalkan perbuatan yang negatif dan digantikan dengan perbuatan-perbuatan...

Wednesday, November 16, 2011

Bakhil, boros sifat tercela di sisi Islam

Bakhil, boros sifat tercela di sisi IslamOleh Amran Zakaria(BHOnline Ruangan Agama 2011/11/15) WASATIYAH bererti pertengahan menjurus kepada pembentukan sikap, tindakan dan amalan yang tidak radikal dan melampaui batas dalam semua keadaan terangkum dalam kehidupan. Kedudukan pertengahan banyak memperoleh kebaikan kerana berada di tengah-tengah.Contohnya, keberanian adalah kebaikan tetapi jika berlebihan ia menjadi sombong dan bongkak. Sebaliknya jika berkurangan ia menjadi penakut. Begitu halnya dengan sifat yakin kepada diri sendiri di mana kelebihannya dapat membantu individu berkaitan melakukan sesuatu dengan sepenuh tumpuan tetapi jika berlebihan akan menjadi riak dan apabila berkurangan menjadi lemah diri. Sementara sifat pemurah berada di antara bakhil dan boros. Bakhil dan boros disifatkan...

Saturday, November 12, 2011

Islam benar bergurau asal tak melampaui batasan

Islam benar bergurau asal tak melampaui batasanBersama Ustaz Zahazan BHOnline RuanganAgama (2011/10/23) Usik mengusik jangan sampai menyakiti hati sesama rakan, mengabaikan tugas hakiki.Soalan: SAYA mahu bertanya mengenai gurauan. Rasanya saya ada mendengar kalau bergurau atau mendengar perkara melucukan, ia boleh mematikan hati. Bagaimana sekiranya dalam ceramah agama, ustaz yang berceramah asyik membuat lucu. Adakah ia mematikan hati juga. Bolehkan golongan ustaz bergurau atau hanya perlu serius. Ahmad Kamal, Gombak. Jawapan: ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah waba’d. Pertama, hendaklah difahami ajaran Islam seiring dengan fitrah manusia. Tiada satu pun petunjuk dalam Islam yang tidak selaras dengan fitrah atau bawaan manusia yang positif. Mendengar sesuatu...

Pages 151234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms