There was an error in this gadget

Wednesday, October 5, 2011

Kisah Nilai Seorang Ibu


Kisah Nilai Seorang Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangannya di “apron”menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

KOS UPAH MEMBANTU IBU

Tolong pergi kedai.                 RM 4.00

Tolong jaga adik .                  RM 4.00

Tolong buang sampah.              RM 1.00

Tolong kemas bilik.                 RM 2.00

Tolong siram bunga.                RM 3.00

Tolong sapu sampah.               RM 3.00

Jumlah:                            RM 17.00

   Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu  berlegar-legar dimindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan           -         percuma

Kos berjaga malam kerana menjagamu             -        percuma

Kos air mata yang menitis kerana menjagamu   -        percuma 

Kos kerunsingan kerana membimbangkanmu    -        percuma  

Keseluruhan Jumlah Nilai Kasihku                  -        percuma


   Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,lantas memeluknya dan berkata “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar Semua Hutang”


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Article : jariyangmenari.blogspot.com




0 ulasan:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms